Nadi Melugu X Wellbeing – Rahsia Umur Panjang: Kunci Kesihatan Warga Emas Ada Pada ‘Connection’

2 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Julai 2025, satu webinar bertajuk Rahsia Umur Panjang: Kunci Kesihatan Warga Emas Ada Pada ‘Connection’. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan warga emas mengenai kepentingan hubungan sosial dan emosi terhadap kesihatan dan kesejahteraan jangka panjang.

Sepanjang sesi tersebut, peserta didedahkan dengan pelbagai fakta dan kajian yang menunjukkan bagaimana hubungan sosial yang baik dapat membantu mengurangkan risiko penyakit, meningkatkan kesihatan mental, serta menyumbang kepada umur yang lebih panjang. Webinar ini turut memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman serta bertanya soalan secara interaktif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali